24 May 2019
Oleh Caroline Nolan
 
Adakah_pejabat_anda_mesra_alam-1.jpg


Adakah pejabat anda mesra alam?

Ssebenarnya anda boleh melakukan perubahan di mana sahaja anda bekerja dan setiap usaha, walaupun kecil, amat bermakna.
 
LifeMoments-Savings_bm.png
 
Menjalani kehidupan yang mementingkan alam sekitar tidak seharusnya berhenti di rumah sahaja. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menjalani kehidupan yang lebih mesra alam sekitar di pejabat.
 
Anda mungkin telah mengambil langkah permulaan untuk menjalani kehidupan di luar sebagai seorang pencinta alam, tetapi apakah yang berlaku apabila anda tiba di pejabat? Adakah anda berasa kecewa kerana syarikat anda tidak mempunyai bekas kitar semula yang mencukupi, program penjimatan tenaga atau matlamat kelestarian? 

Anda tidak berseorangan. Kajian menunjukkan bahawa ramai di antara kita yang ingin bekerja di organisasi yang menerapkan nilai-nilai serupa dengan kita, terutamanya apabila ia melibatkan sesuatu yang penting seperti melindungi alam sekitar yang kita perlukan. 

Di antara tenaga yang digunakan dan bahan buangan yang terhasil, kita tahu bahawa tempat kita bekerja – sama ada di atas jalan raya atau di lantai kilang, di restoran, kedai atau pejabat korporat – juga boleh menjadi penyumbang utama kepada cabaran kelestarian dan pemacu utama kepada perubahan iklim.

Tetapi sebenarnya anda boleh melakukan perubahan di mana sahaja anda bekerja dan setiap usaha, walaupun kecil, amat bermakna. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda untuk terus bersemangat memelihara alam sekitar di tempat kerja: 

 

Didikan dari rumah
Fikirkan tentang semua tabiat positif mesra alam sekitar yang telah anda lakukan di rumah dan laksanakan apa yang boleh di tempat kerja: tanpa memerlukan kebenaran pihak pengurusan.

  • Matikan suis! Adakah anda sentiasa memastikan suis lampu di rumah dimatikan, tetapi tidak ambil kisah apabila meninggalkan bilik selepas mesyuarat? Bagaimana dengan alatan elektronik? Matikan suisnya, sama seperti di rumah. Lebih bagus lagi, buatkan notis makluman agar semua rakan setugas turut melakukan perkara yang sama.
  • Bekas minuman mesra alam. Adakah botol air atau cawan boleh guna semula yang sentiasa di sisi anda semasa melakukan tugasan (atau menghantar anak-anak), tiba-tiba menjadi musuh ketika di pejabat? Jadikan cawan dan bekas air boleh guna semula sebagai rakan baharu di pejabat. Perhatikan, setelah seketika pasti ada rakan yang mengikuti jejak anda.  
  • Jangan tinggal bekas. Kebanyakan sekolah agak tegas untuk memastikan waktu rehat “tanpa sampah” untuk mengurangkan bahan buangan – anda juga boleh melakukannya. Bawa snek dan makan tengahari anda di dalam bekas boleh guna semula dan jangan tinggalkan apa-apa apabila anda pulang. Anda akan mengurangkan keperluan untuk pembungkus makanan seperti pembalut plastik dan beg sandwic – yang biasanya dibuat menggunakan bahan yang dikaitkan dengan pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim — dan jimatkan wang kerana tidak perlu lagi makan di luar.

Kerjasama untuk lebih impak
Anda mungkin mempunyai rakan sekerja yang turut mahukan majikan mengambil langkah yang lebih mesra alam sekitar; anda hanya perlu mencari peluang untuk bertemu mereka.

  • Mulakan dialog alam sekitar. Sama ada ketika berdiri di tepi mesin air atau di bilik persidangan, cari peluang untuk membina perbualan dengan bertanyakan soalan atau berbincang tentang isu kelestarian dan acara semasa yang berkait dengan kerja. Apabila anda mula membuka bicara, ia akan memberi petunjuk kepada pengurus dan rakan sekerja mengenai minat anda dalam projek mesra alam sekitar.
  • Jadi pencetus idea mesra alam sekitar. Kongsikan idea anda mengenai cara-cara untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar, terutamanya yang mempunyai manfaat perniagaan yang ketara (contohnya, penjimatan tenaga akan menjimatkan wang).
  • Cari peluang. Kebanyakan program alam sekitar yang berjaya bermula sebagai projek asas yang kecil, jadi bertanyalah dan lihat bagaimana anda boleh menggunakan kemahiran dan semangat anda untuk kebaikan.
  • Lakukan satu perkara. Kenalpasti satu masalah penting mengenai alam sekitar dan jemput rakan lain untuk bersama anda mencari penyelesaian – tetapi jangan lupa untuk mengukur prestasi dan berkongsi kejayaan. Ia mungkin merupakan satu kempen mudah untuk menggalakkan rakan setugas untuk kurang mencetak dan lebih digital. Tunjukkan manfaat perniagaan dan alam sekitar yang boleh diperolehi dengan memaklumkan kepada yang lain berapa banyakkah bahan buangan dan kos yang berjaya dikurangkan. Kejayaan projek-projek kecil akan menjadi inspirasi kepada rakan setugas anda – mungkin juga ketua anda – untuk menyelesaikan cabaran yang lebih besar.
  • Tugas mesra alam sekitar secara berpasukan. Pertimbangankan penubuhan “pasukan alam sekitar” di pejabat. Kebanyakan majikan bersedia untuk membantu pasukan sukarelawan pimpinan pekerja yang memberi tumpuan kepada usaha menghijaukan organisasi, jadi apa salahnya jika anda bertanya mengenainya?

Dengan melakukan apa yang anda mampu, dan mencari jalan untuk bekerjasama dengan rakan lain, akan dapat membahagiakan jiwa pencinta alam anda serta menyumbang secara positif kepada masa hadapan syarikat anda dengan membantu pemimpin anda untuk meilhat dan membuka minda bahawa perniagaan yang mesra alam sekitar sebenarnya adalah perniagaan yang bagus. 

Bertanggungjawablah secara sosial dalam seluruh aspek untuk menyokong masyarakat yang lebih baik dan bahagia. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

Talk to an advisor

Preferred Language: