20 August 2019
By Deanne Gage
 
Training-for-your-first-5k-1.jpg
 

Persediaan untuk larian 5km pertama anda

Adakah anda sentiasa ingin menyertai larian 5km, tetap tidak berkeyakinan?

Apatah lagi, jiran-jiran anda sering kelihatan berlari di sekeliling kawasan perumahan serta di taman berdekatan. Anda pula selalu mengagumi kemampuan mereka dan teringin untuk mengetahui bagaimana anda juga boleh mengambil bahagian dalam acara larian 5km satu hari nanti.
 
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda bermula:

 

1. Dapatkan pelepasan dari doktor
Sebelum memulakan sebarang aktiviti lasak, anda perlu mendapatkan pelepasan daripada doktor anda.
 
2. Sertai kumpulan pelari
Adakah anda tidak berkeyakinan untuk menghabiskan larian secara berseorangan? Apa kata anda cuba menyertai sebuah kumpulan pelari. Mereka boleh menghubungkan anda dengan pelari lain yang mempunyai tahap kemampuan yang sama. Pertemuan sedemikian pada setiap minggu bukan sahaja akan memotivasikan anda untuk meneruskan latihan, malah anda juga boleh berkenalan dengan rakan baru.
 
3. Pelaburan untuk keperluan asas
Pada permulaan, anda tidak perlulah membeli segala peralatan dan aksesori larian dan cuma fokus kepada keperluan asas sahaja. Misalnya, kasut larian yang sesuai untuk berlari dengan selesa dan untuk mengelakkan kecederaan. Memandangkan terdapat pelbagai jenis kasut larian di pasaran, seeloknya anda perlu mencari kasut larian yang dipadankan oleh seorang profesional dengan rupa bentuk kaki anda. Setelah mendapat kasut itu, anda akan lebih bersedia untuk mengharungi cabaran dan latihan berlari.
 
4. Ikuti program larian
Program larian yang betul akan menyenangkan proses anda untuk mempelajari cara berlari. Mulanya, anda perlu mengabungkan kegiatan berlari dan berjalan selama dua hingga tiga bulan untuk menyesuaikan diri. Sebagai contoh, selepas berjalan sebagai pemanas badan, anda boleh berlari selama satu minit dan berjalan selama tiga minit, ulangi sebanyak empat set, dan kemudian tingkatkan ketahanan larian anda sehingga 5km. Ingatlah untuk memberikan masa bagi tubuh anda menyesuaikan diri dan jangan terlalu memaksa diri.    
 
5. Nikmatilah pengalaman yang mengujakan dalam larian acara 5km anda
Pastikan anda berada di kelompok tengah atau belakang sewaktu di garis permulaan supaya anda tidak ditolak oleh pelari yang pantas. Pada perlumbaan pertama anda ini, ingati matlamat diri dan tingkatkan semangat anda untuk melengkapkan larian dengan kemampuan dengan sepenuhnya. Jangan lupa untuk  berseronok dan menikmati tenaga positif di sekeliling dan daripada pelumba lain. Selain itu, kepuasan yang anda akan rasai sewaktu melintasi garis penamatan biasanya akan memotivasikan anda untuk menyertai lebih banyak larian pada masa akan datang 😃.

Dah bersedia? Apa kata anda menyertai Resolution Run dari Sun Life MalaysiaJ?  Edisi 2020 akan berlangsung di bulan Januari – dapatkan maklumat lanjut di sini.

Ketahuilah fakta-fakta dan tip-tip yang berguna daripada kami bagi kehidupan yang lebih cerah. Hubungi kami pada bila-bila masa untuk maklumat lanjut.

Talk to an advisor

Preferred Language: