Pada tahun 2024, kami terus mengukuhkan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial, dengan menghulurkan tangan kepada lebih daripada 14,500 individu melalui pelbagai inisiatif dan program di bawah inisiatif Tanggungjwab Korporat kami - Brighter You. Beberapa aktiviti utama yang kami anjurkan termasuk:
- • Menyediakan khidmat saringan glukosa darah percuma kepada lebih 7,700 dewasa di seluruh Malaysia
- • Mengedarkan 5,000 kit ujian kendiri diabetes kepada orang ramai
- • Menjalankan program bantuan makanan yang menyokong 504 keluarga B40
- • Menganjurkan bengkel kesihatan mental dan fizikal untuk belia yang memerlukan
- • Menanam 1,000 pokok bakau untuk mengurangkan kesan perubahan iklim
- • Menganjurkan acara Sun In The City, dengan penglibatan 350 peserta dalam aktiviti yang menggalakkan kesejahteraan menyeluruh
- • Menjalankan Program Sekolah InsureLit, yang mendidik 1,000 murid tentang kepentingan insurans dan ilmu kewangan
Inisiatif ini hanyalah sebahagian daripada usaha kami untuk menentang diabetes, meningkatkan literasi insurans, menyokong usaha menangani perubahan iklim dan meningkatkan kesejahteraan komuniti kita.
Untuk melihat bagaimana kami mencetus perubahan, tonton video sorotan aktiviti kami di SINI