Looking for information about Sun Life and our affiliated companies in your area. Select below to travel to a website for information specific to your region.
Membantu pesakit di hospital: Hubungi pejabat sukarelawan hospital tempatan untuk mengetahui apakah bantuan yang mereka perlukan. Anda mungkin boleh membantu membawa pesakit untuk menjalani ujian atau mengunjungi pesakit yang sebatang kara.
Mendidik kanak-kanak: Jika anda memiliki kelayakan pendidikan, anda boleh cuba menghubungi gereja, kuil, masjid atau pusat komuniti berhampiran jika mereka menawarkan, atau ingin memulakan program untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, anda perlu mendapatkan kelulusan pihak polis jika ia melibatkan kanak-kanak.
Sukarelawan di tempat ibadat anda: Selalunya, bantuan sering diperlukan untuk membantu tugasan di pejabat, seperti menaip nota dan mengisi sampul surat, atau kerja mengemas.
Pengumpulan dana untuk badan kebajikan kegemaran anda: Buat panggilan telefon, edarkan risalah, berkunjung dari rumah-ke-rumah – banyak yang boleh dilakukan.