10 February 2020
Oleh  Gracie Maulion​
 
Kelebihan-Mencapai-Kebebasan-Kewangan

Kelebihan Mencapai Kebebasan Kewangan

 
LifeMoments-Retirement_bm.png

Kehidupan dalam kitaran pergantungan dan tanggungan adalah sangat memenatkan dan boleh mencetuskan pelbagai dilema. Antara contohnya ialah perbelanjaan yang tidak dijangka yang akan menyukarkan keadaan diri terutamanya jika dompet kita kosong dan tidak bersedia. Terasa seperti kehidupan kita tersekat apabila ada senarai hutang yang panjang di dalam kepala kita.

Kebanyakan orang menjadikan kebebasan kewangan sebagai matlamat utama dan ini mampu dicapai dengan perancangan kewangan yang serius. Kebebasan kewangan adalah keadaan di mana anda mempunyai kebebasan daripada kebimbangan berkaitan-wang dan persediaan yang sewajarnya untuk masa depan serta gaya hidup yang diingini.
 
Kelebihannya, seperti disenaraikan di bawah, merangkumi ketenangan minda diri dan menjadi contoh yang baik untuk generasi seterusnya. 
 
1. Anda memiliki kawalan penuh ke atas masa anda
Anda boleh menentukan bagaimana anda mahu menggunakan masa anda seperti meneruskan minat anda atau meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tanpa rasa bersalah atau bimbangkan kos yang ditanggung.    
 
2. Anda rasa terjamin
Anda boleh memiliki ketenangan minda mengenai kewangan kerana anda telah menyediakan dana kecemasan atau mempunyai pelan persaraan. Ia juga memberi kelegaan kerana anda mampu menyara keluarga anda – walau apa yang berlaku.
 
3. Anda boleh memberi seikhlas hati
Anda dapat menghulurkan bantuan kepada orang lain di saat mereka memerlukannya atau pun menjamu selera bersama yang tersayang tanpa memikirkan kesannya ke atas perbelanjaan bulanan anda. Bak kata pepatah: tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. 
 
4. Anda boleh mencuba pelbagai peluang
Anda boleh mengambil lebih banyak risiko apabila keadaan kewangan terjamin, bukan setakat kerjaya, malah untuk menikmati kembara kehidupan yang lebih menyeronokkan seperti percutian dan mempelajari kemahiran baru. 
 
5. Anda memberikan contoh yang baik kepada generasi akan datang
Anda boleh mewariskan kekayaan kepada generasi seterusnya dan tidak meninggalkan hutang kepada mereka. Warisan ini bukan sekadar wang ringgit, malah seperti pengajaran untuk lebih bertanggungjawab dalam pengurusan hal-ehwal kewangan mereka.

Pengurusan kewangan bijak adalah penting untuk kehidupan yang lebih selesa. Hubungi penasihat kami dan mereka akan membantu perancangan masa hadapan anda yang lebih cerah.

Get A Quote