28 June 2019
Oleh  Dave Dineen
 

7 tabiat pesara yang bahagia

 
LifeMoments-Retirement_bm.png
 

Jika anda mahukan persaraan anda menjadi peringkat kehidupan yang terbaik, berikan tumpuan sepenuhya kepada diri anda atau menjadi apa yang anda mahukan, dan bukannya memikirkan masa silam anda

Berikut adalah 7 tabiat yang sering diamalkan oleh pesara yang ceria. Ia adalah:

1. Cuba perkara baharu
Bersara adalah salah satu peralihan paling besar yang akan anda lalui dalam hidup. Apabila anda meninggalkan kerjaya anda, anda perlu berani untuk memulakan aktiviti baharu dalam peringkat kehidupan yang baharu. Aktiviti ini termasuklah memulakan hobi baharu, mengasah kemahiran yang sebelum ini kurang diberi perhatian, atau mencuba kerjaya baharu – dan jika anda tidak mengatur langkah, anda mungkin tua sebelum usia.   

2. Masa itu emas
Pesara yang ceria menghargai masa mereka, melihatnya sebagai emas dan bukannya bebanan. Kerana itulah mereka:

  • Menyimpan kalendar. Bukan sekadar untuk merekodkan urusan seperti temujanji doktor, malah mereka juga mencatatkan setiap perkara hebat yang berlaku dalam hidup mereka dan kehidupan orang lain di sekeliling mereka. Jika hari-hari mendatang kelihatan agak sunyi, pesara ceria akan mengambil langkah proaktif dan mengatur pelbagai aktiviti atau perjumpaan bersama rakan untuk memeriahkan suasana.  

  • Aturkan jadual harian. Setiap minit tidak perlu terisi tetapi cukup sekadar menyusun rutin harian agar ia tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.

  • Tetapkan keutamaan. Masa tidak menunggu sesiapa dan mereka pastikan setiap detik dijalani dengan penuh makna.

3. Jaga diri

  • Bersenam. Pesara yang peka mengambil berat tentang aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan tahap kesihatan mereka, dan bersantai di atas kerusi bukan cara yang baik untuk kekal sihat.

  • Aktifkan minda. Generasi terdahulu tidak pernah terbayang akan wujud pelbagai kaedah rangsangan minda untuk pesara pada hari ini (kerja separuh masa atau perunding, kursus dalam talian atau di dunia sebenar, media sosial untuk hobi dan minat spesifik, kemudahan percutian, dan sebagainya.)

  • Urus kesihatan mereka. Mereka menggunakan internet, media sosial dan sumber komuniti untuk mendapatkan maklumat mengenai isu kesihatan dan nutrisi. Maklumat yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki tabiat makan dan senaman. Mereka juga bertanya soalan yang berkaitan dan mengambil bahagian secara aktif untuk menentukan penjagaan kesihatan mereka.

4. Jaga rakan dan keluarga
Di setiap peringkat kehidupan, orang yang ceria sentiasa prihatin terhadap rakan dan keluarga. Pesara yang bekerja secara sukarela, mengutip dana kebajikan atau menjaga rakan-rakan dan keluarga seringkali berasa gembira dan menjalani kehidupan yang dirasakan lebih bermakna.  

5. Bergaul
Masa yang diluangkan bersama rakan taulan bukan sia-sia. Dengan adanya media sosial, kadar rendah panggilan jarak jauh, dan fotografi digital, ia memudahkan para pesara untuk menghubungi yang tersayang. 

6. Lakukan sesuatu
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika anda memberitahu bahawa anda seorang pesara tetapi masih bekerja. Apabila anda melakukan sesuatu untuk mengisi waktu senggang yang ada, ia menjadikan status mental, fizikal dan sosial anda kekal aktif, dan memberi sedikit hala tuju agar anda tidak kebosanan.

7. Sentiasa berhubung
Manusia perlukan pergaulan. Alangkah hebatnya ganjaran yang diperolehi dan kepuasan yang dirasai selepas bersara apabila anda masih berada dalam kelompok sosial rakan dan keluarga anda. 
 
Persaraan adalah waktu untuk anda berehat tetapi fasa kehidupan ini memerlukan perancangan kewangan yang awal. Hubungi penasihat kami untuk perjalanan anda ke arah persaraan yang selesa.

Talk to an advisor

Preferred Language: