15 June 2020
 

5 cara untuk sentiasa ceria pada usia emas


LifeMoments-Retirement_bm.png

Sebagai seorang remaja, hari jadi anda pastinya hari yang sangat istimewa dan dinanti-nantikan bukan sahaja kerana sambutan yang meriah dengan keluarga dan rakan-rakan tetapi juga kemungkinan memiliki lebih banyak kebebasan contohnya peluang memandu, pulang lewat ke rumah, atau membuat pilihan tersendiri.  Lagipun, semakin meningkat usia boleh dikaitkan dengan kebebasan yang lebih luas.
 
Namun, apabila usia kita semakin meningkat - dari 29 kepada 30, atau 39 menjadi 40, anggapan ini akan berubah apabila perubahan daya ketahanan dan metabolisma tubuh mula menghadkan keupayaan fizikal kita. Sebaliknya, anda sekarang mungkin merasakan keterbatasan fizikal yang anda miliki kerana peningkatan usia telah mengurangkan kebebasan anda.
 
Masa bukanlah sesuatu yang dapat diatasi. Jika anda sering merungut mengenai usia yang semakin meningkat, maka anda tidak akan menikmati masa yang dimiliki sekarang. Anda perlu ingat bahawa bukan semua orang diberkati dengan usia yang panjang. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda rujuk untuk memanfaatkan usia anda dengan bijak.
 
1. Melakukan kegemaran anda dengan aktif
Kehidupan anda tidak terhad kepada kerjaya, perkahwinan, dan keluarga. Lakukan apa sahaja yang anda sukai untuk kepuasan dan kegembiraan diri. Untuk pengetahuan anda, perasaan kegembiraan boleh membantu meningkatkan imuniti diri dan mengurangkan tekanan yang seterusnya membantu peredaran darah yang lebih lancar dan kadar denyutan jantung yang lebih teratur. 
 
2. Cuba sesuatu yang baru
Anda kena ingat bahawa usia bukan rintangan untuk mencuba sesuatu yang baru. Otak kita memerlukan cabaran baru untuk memastikan ia sentiasa dirangsang. Fakta sains menyatakan, semakin usia kita meningkat, semakin otak kita perlu dirangsang untuk berfikir. Kepuasan yang anda akan rasai setelah menyahut cabaran yang baru akan membuatkan anda berasa muda semula! 
 
3. Kekalkan kehidupan sosial
Salah satu perasaan yang sering dirasai pada usia emas adalah perasaan tidak berkemampuan untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti masa muda. Untuk membantu anda melupakan perasaan ini, pastikan anda kekalkan hubungan dan interaksi dengan rakan-rakan anda. Anda bukan sahaja memerlukan rakan-rakan untuk meraikan detik-detik kegembiraan, tetapi juga bantuan ketika keadaan sukar.
 
4. Teruskan senaman
Senaman secara teratur boleh membantu anda mengekalkan kesihatan yang baik dan menjadikan kehidupan anda lebih ceria. Ini kerana senaman dapat melancarkan peredaran darah dan membantu mengelakkan risiko penyakit. Jadi, jangan lupa untuk bersenam selalu untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik!
 
5. Jangan membandingkan diri anda
Jika anda sentiasa membandingkan diri anda dengan zaman muda anda, ia pastinya akan meningkatkan tekanan dan mewujudkan perasaan tidak senang dalam diri anda. Sebaliknya, anda patut fokus kepada perkara yang lebih penting seperti mengekalkan kesihatan, menjalani kehidupan yang ceria dan berfungsi dengan sebaik yang boleh.
 
Perubahan fizikal yang berlaku apabila usia semakin meningkat memang tidak dapat dielakkan. Tetapi ia tidak bermakna jiwa anda juga perlu menjadi tua. Anda masih boleh kekal produktif dengan menjalankan aktiviti harian yang anda suka. Ingat, umur hanyalah sekadar angka!
 
Persaraan adalah waktu untuk anda berehat tetapi fasa kehidupan ini memerlukan perancangan kewangan yang awal supaya anda menikmatinya dengan lebih tenang. Hubungi penasihat kami untuk perancangan ke arah persaraan yang selesa.

Talk to an advisor

Preferred Language: