9 August 2019
 
Can-you-afford-to-get-sick-1.jpg

Mampukah anda menampung diri jika ditimpa penyakit serius?

  

LifeMoments-Health_bm.png

Proses pemulihan selepas ditimpa penyakit yang serius memerlukan tenaga dan perhatian anda sepenuhnya. Berita baiknya, ada pilihan dan sumber yang boleh membantu dalam proses tersebut.

 
Bayangkan: Berita buruk, dan tidak dijangka telah dimaklumkan oleh doktor. Kanser. Pembedahan, dan radiasi, diikuti oleh kemoterapi. Menjalani rawatan selama satu tahun atau lebih, di hospital, di rumah dan tidak mampu bekerja.
 
Minda anda berserabut memikirkan berpuluh-puluh perkara yang harus ditangani. Ia bukan sahaja melibatkan isu perubatan, tetapi juga keluarga anda, mengenai semua tekanan yang perlu mereka hadapi. Itulah kecelaruan emosi yang boleh melanda apabila kanser bercambah dalam tubuh dan seterusnya kehidupan kita.    
 
Kemungkinan besar anda mengenali seseorang yang pernah menghidap kanser, atau penyakit serius lain. Anda pernah melihat mereka bergelut dengan ketakutan dan kebimbangan, serta menyaksikan mereka berjuang mengatasi keletihan dan loya. Nasib baik mereka tidak perlu bimbang tentang bil perubatan kerana adanya insurans/takaful perubatan yang disediakan oleh majikan, bukan?

 
Tidak juga. Mempercayai bahawa insurans/takaful perubatan oleh majikan akan melindungi segalanya adalah andaian kurang tepat apabila berdepan dengan penyakit yang serius. Jika anda meneliti dengan lebih mendalam, realitinya mungkin mengejutkan.    

Perlindungan insurans/takaful berkelompok melalui pekerjaan:

  • Kebanyakan pelan insurans/takaful hilang upaya akan membayar 60% - 70% daripada pendapatan anda.
  • Anda masih perlu membayar 100% perbelanjaan bulanan anda.
  • Perbelanjaan anda mungkin meningkat semasa anda menjalani pemulihan.
  • Pendapatan isirumah anda mungkin akan semakin berkurangan jika pasangan anda terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anda.

Anda mungkin memerlukan bantuan untuk rutin harian anda semasa dalam pemulihan dan ianya melibatkan kos:

  • Pembantu rumah untuk membantu anda mandi dan memakai pakaian, menyikat rambut, memakai alat solek
  • Pengangkutan / transportasi
  • Membeli barangan runcit
  • Pembantu rumah untuk menyediakan makanan, melakukan kerja rumah dan membasuh pakaian
  • Menguruskan anak-anak termasuk transportasi mereka untuk sekolah dan aktiviti

Sebab itulah, ia amat penting bagi anda untuk sentiasa menyemak jumlah perlindungan anda. Jika anda mempunyai insurans/takaful kesihatan tambahan dan/atau hilang upaya jangka panjang dari majikan, semak dan fahami jenis manfaat and jumlah perlindungannya. Seterusnya, nilai semula sama ada anda perlu meningkatkan perlindungan anda.

Lain-lain pilihan perlindungan yang boleh anda fikirkan termasuklah insurans/takaful penyakit kritikal yang menyediakan bayaran sekaligus untuk kegunaan anda sekiranya ditimpa penyakit serius yang dilindungi di bawah pelan tersebut. 

Tidak dinafikan bahawa penyakit serius akan mengubah kehidupan anda. Namun jika anda telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut, anda tidak perlu bimbang akan isu-isu kewangan dan boleh memberikan tumpuan terhadap pemulihan anda.

Pengurusan kewangan bijak adalah penting untuk kehidupan yang lebih selesa. Hubungi penasihat kami dan mereka akan membantu perancangan masa hadapan anda yang lebih cerah.

Talk to an advisor

Preferred Language: