7 Mei 2020
Oleh Sophie Avellana
Article-12-BM-Eating-Healthy.png

Pemakanan Yang Sihat
Tanpa Berbelanja Besar


LifeMoments-Health_bm-v2.png

Gaya hidup yang sihat dan cergas bermula dengan keseimbangan di antara pengambilan makanan bernutrisi tinggi dan rutin harian senaman. Jadi, janganlah risau jika anda telah memulakan rutin senaman tetapi masih lagi keliru mengenai cara untuk memulakan pemakanan sihat.
 
Anda tidaklah perlu berbelanja besar untuk menikmati makanan yang enak dan sihat setiap kali. Apa kata anda mencuba beberapa idea cerah di bawah. 
 
1. Memasak di rumah
Mula dengan membiasakan diri untuk memasak dengan lebih kerap. Ia adalah alternatif yang lebih murah berbanding makan di luar dan anda dapat mengawal amaun gula, garam, dan bahan pengawet yang ditambahkan ke dalam makanan anda. Lama-kelamaan, anda pasti boleh menonjolkan kepakaran memasak anda kepada rakan-rakan dan keluarga anda.
 
2. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Ketepikan makanan yang diproses, di restoran, dan sajian dalam pek yang biasanya lebih mahal dan tidak berkhasiat.
 
Anda boleh meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang lebih murah dan lebih padat dengan nutrisi, pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan anda tanpa sebarang tambahan gula, garam dan pengawet. 
 
Jika anda bimbang tentang racun serangga yang digunakan semasa proses penanaman, anda boleh memilih untuk mendapatkan makanan organik. Sebenarnya bukan semua produk organik adalah mahal seperti mana yang difikirkan oleh kebanyakan orang.
 
3. Kurangkan kopi berjenama
Terdapat dakwaan dan kajian yang menunjukkan manfaat kesihatan daripada kafein tetapi tabiat ini boleh menyebabkan anda berbelanja besar jika anda hanya inginkan kopi berjenama atau yang terkemuka. Sebaliknya, anda boleh memenuhi keinginan kopi anda tanpa berbelanja besar dengan membancuhnya sendiri di rumah.
 
Dengan cara ini, anda juga dapat mengawal amaun gula dan susu yang ditambahkan ke dalam kopi anda.
 
4. Minum lebih banyak air
Tip kesihatan ini sering dipandang ringan oleh orang ramai. Pengambilan air yang banyak adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda kerana ia membantu menyahtoksik seluruh badan anda. Ia juga mampu mengurangkan berat badan anda, membuang bahan kumuh dari hati dan buah pinggang, memberikan rasa kenyang serta mengurangkan kelaparan dan keinginan untuk makan.
 
5. Simpan baki atau lebihan
Sayur-sayuran dan buah-buahan ada pelbagai kegunaan tambahan, terutamanya apabila anda menyimpan lebihan seperti potongan kecil, kulit, dan bahagian hujung bawang, saderi, brokoli, kubis bunga, lobak merah, herba dan sebagainya. Lebihan ini amat sesuai untuk digunakan sebagai air rebusan.
 
Air rebusan dalam pek yang didapati dari pasaraya biasanya tinggi dalam kandungan garam dan bahan pengawet. Jadi, apabila anda membuat air rebusan sendiri di rumah, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah juga pilihan yang lebih sihat. Hanya bekukan bahagian yang tidak digunakan dan apabila bahan-bahan yang disimpan telah mencukupi, masukkan kesemuanya ke dalam periuk, tambahkan air dan masak hingga menggelegak. Anda boleh menggunakan air rebusan ini untuk memasak sup, stew, sos pasta, dan kuah dengan memperisakan dengan sedikit garam atau rempah.   
 
Ingatlah bahawa kesihatan merupakan aset yang paling penting dalam kehidupan anda. Untuk maklumat lanjut, hubungi penasihat kami hari ini untuk mengetahui cara ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Talk to an advisor

Preferred Language: