Looking for information about Sun Life and our affiliated companies in your area. Select below to travel to a website for information specific to your region.
Lima cara untuk kekal cergas, dan berseronok melakukannya Sebagai inspirasi buat anda, berikut adalah beberapa cara mudah untuk kekal cergas bersama keluarga dan rakan-rakan. Mengambil keputusan untuk menjalani gaya hidup sihat, seperti bersenam dengan kerap dan teratur, boleh mengurangkan risiko untuk mengalami diabetes Jenis 2, penyakit berbahaya yang boleh mengurangkan hayat anda. Cara terbaik untuk kekal cergas adalah mengajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersenam bersama anda.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan orang dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas agar melakukan senaman sederhana-hingga-berat selama 150 minit setiap minggu. Namun begitu, 23% orang dewasa di seluruh dunia pada hari ini tidak menuruti saranan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa kurang bersenam adalah punca yang menyebabkan 3.2 juta kematian setiap tahun akibat penyakit yang boleh dicegah seperti diabetes Jenis 2, serangan jantung, strok dan kanser.1
Memulakan rutin senaman dan kekal melakukannya bukanlah mudah, tetapi apabila keluarga dan rakan-rakan turut bersenam bersama-sama ia boleh membakar semangat untuk berjaya. Kajian menyatakan apabila anda kekal aktif bersama teman rapat, ia mampu meningkatkan keupayaan anda untuk menghilangkan berat. Berdasarkan kajian oleh University of Pennsylvania, mereka yang menyertai kelas senaman bersama rakan sering hadir dengan konsisten dan mengalami penurunan berat badan berbanding mereka yang pergi berseorangan.2
Sebabnya amat mudah! Rakan-rakan dan keluarga adalah kumpulan sokongan terbaik yang membantu memastikan rutin senaman baharu anda dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di saat kehidupan kita susah ataupun senang, mereka sentiasa di sisi, mengambil berat tentang kesihatan kita, dan memberi motivasi untuk terus bersemangat menghadapi dugaan. Selain itu kita juga dapat meluangkan masa berkualiti bersama mereka, sekaligus menjadikan senaman sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
Walaupun orang ramai memahami bahawa bersenam mampu mencegah diabetes, hanya 32% sahaja daripada kumpulan soalselidik Sun Life Financial Asia Diabetes Awareness Study yang sanggup bersenam bersama demi menyokong ahli keluarga yang menghidap diabetes. Sebenarnya, salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai rakan atau keluarga yang sedang menghidap diabetes adalah menawarkan diri untuk bersenam bersama mereka.
Kesihatan demi kehidupan. Apakah yang lebih penting daripada mempunyai kesihatan yang baik untuk diri sendiri? Hubungi penasihat kami hari ini untuk cara ke arah kehidupan yang lebih sihat.
References: 1. Global Status Report on Noncommunicable Diseases 2014 (World Health Organization, 2014), p. xiii. 2. https://www.telegraph.co.uk/news/health/news/6438994/Exercising-with-a-friend-helps-to-lose-more-weight.html