Looking for information about Sun Life and our affiliated companies in your area. Select below to travel to a website for information specific to your region.
Berikut adalah 5 langkah yang boleh membantu:
1. Dapatkan sokongan daripada keluarga and kawan-kawan Situasi anda semasa menghidap kanser bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah isteri, anak-anak, keluarga, dan rakan-rakan anda turut akan terjejas. Oleh itu, ia memerlukan sokongan daripada semua yang rapat serta usaha semua sebagai satu pasukan untuk melawan penyakit anda. Antara manfaat menglibatkan keluarga dan rakan-rakan anda dalam prosesnya ialah ia boleh memastikan maklumat penting mengenai diagnosis atau rawatan tidak terlepas atau dipandang ringan di saat anda rapuh dan tidak mampu berfikir dengan wajar. Tambahan pula, anda akan mendapat sokongan emosional dengan adanya keluarga dan rakan-rakan yang anda percayai, di sisi anda pada masa yang paling genting. Mereka pula tidak akan berasa tersisih semasa anda sedang mengharungi pengalaman yang paling mencabar. Anda juga boleh mendapat sokongan daripada syarikat insurans/pengendali Takaful yang sering di sisi anda. Anda juga boleh mengemukakan tuntutan secara online di sini.
2. Peluang untuk hidup sentiasa ada Ia adalah penting untuk mengabaikan cerita-cerita yang menakutkan di Internet kerana kebanyakannya daripada mereka yang didiagnosis kanser sangat serius, dan bukannya daripada kelompok besar pejuang kanser yang berjaya. Dalam tempoh 60 tahun kebelakangan ini, kadar untuk hidup selamat telah meningkat dari 1 dalam 5 kepada 3 dalam 5 hasil kemajuan pemeriksaan dan rawatan kanser. Oleh itu, pastikan anda mendapat kebarangkalian serta maklumat yang diperlukan untuk mengatasi kanser daripada pakar perubatan.
3. Rancang pelan rawatan anda Anda perlu mengambil langkah proaktif semasa melalui proses rawatan supaya anda memahami semua langkah yang akan dijalankan. Antaranya ialah, mendapatkan pendapat kedua mengenai keputusan patologi anda yang biasanya boleh dilakukan di hospital yang sama dan juga pelan rawatan anda, sama ada pembedahan, kemoterapi, radiasi atau prosedur lain. Ini adalah kerana anda perlu memastikan bahawa keputusan yang diambil adalah yang terbaik serta memiliki kawalan untuk apa yang akan dilakukan pada diri sendiri. Sementara itu, anda juga perlu mengetahui sama ada perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan anda merangkumi perkhidmatan rundingan perubatan supaya dapat mengurangkan beban kewangan
4. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pernah melalui keadaan sama Terdapat ramai yang berjaya sembuh berkongsi bahawa sesi perbualan dengan seseorang yang pernah mengalami situasi serupa, dapat memberi sedikit sebanyak kelegaan kepada mereka. Ada juga mereka yang mendapati sokongan klinikal sangat membantu terutamanya apabila mereka terbeban untuk menghadapi dugaan mencabar ini. Oleh itu, ia amat kritikal untuk anda mengenali rakan seperjuangan yang telah berjaya sebagai sokongan moral bagi berdepan dengan penyakit kanser ini. Di Malaysia, anda boleh menghubungi kumpulan sokongan dan mendapatkan khidmat kaunseling daripada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia ataupun Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia di mana maklumat and nasihat boleh diperolehi. Anda juga boleh melayari pelbagai forum sedia ada dan blog pejuang kanser untuk berhubung dan berbual dengan bekas pesakit kanser atau mereka yang telah terselamat.
5. Rehatkan minda diri Anda mungkin belum bersedia untuk sebarang aktiviti fizikal selama beberapa hari selepas didiagnosis menghidap kanser. Namun, anda dinasihatkan mencuba latihan pernafasan dalaman, tai chi, bertafakur atau yoga semasa atau selepas rawatan untuk boleh membantu anda menangani loya, letih dan kebimbangan. Tambahan pula, aktiviti senaman tubuh-minda ini memainkan peranan penting semasa anda dalam pemulihan dengan membantu anda tidur dengan lebih baik and lena. Anda juga perlu terus aktif dalam kegiatan harian melalui aktiviti-aktiviti sosial seperti berjalan-jalan dan menghirup udara segar di luar atau mengisi masa anda dengan sesuatu yang melibatkan alam semulajadi – seperti program hortikultur, mendaki, fotografi dan sebagainya. Semuanya ini bertujuan untuk merehatkan minda dan menstabilkan emosi anda sambil menikmati keindahan alam. Ingatlah sentiasa: Bantuan perubatan adalah barisan pertahanan pertama anda. Barisan pertahanan kedua pula adalah membantu diri anda sendiri. Kesihatan demi kehidupan. Apakah yang lebih penting daripada mempunyai kesihatan yang baik untuk diri sendiri? Hubungi penasihat kami hari ini untuk cara ke arah kehidupan yang lebih sihat.