22 March 2020
Oleh Gracie Maulion
 

Berbicara sebelum menegur

Membesarkan anak-anak memang sangat mencabar. Dengan pelbagai unsur dan anasir luar yang boleh mempengaruhi mereka, ibu bapa perlu lebih berwaspada terhadap penggunaan internet dalam talian dan luar talian anak-anak kerana. Namun begitu, adalah agak sukar untuk menegur mereka sekiranya kita tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan mereka. Lebih rapat hubungan kita dengan anak-anak, lebih mudah bagi mereka untuk menerima teguran dan nasihat yang kita berikan.
 
Berikut adalah beberapa cara mudah yang dapat merapatkan hubungan dengan anak-anak kita:
 
1. Luangkan masa yang berkualiti 
Masa adalah lambang kasih sayang bagi anak-anak. Luangkan lebih masa yang berkualiti bersama mereka seperti menikmati makanan bersama atau berada di sisi mereka semasa meraikan detik-detik istimewa yang akan membawa lebih makna kepada mereka. 
 
2. Berikan mereka galakan 
Jadilah peminat dan penyokong nombor 1 mereka. Berikan kata-kata perangsang dan pujian bagi setiap sikap positif yang mereka tunjukkan. Ia bukan sahaja akan meningkatkan keyakinan mereka malah turut membina kepercayaan mereka terhadap kita.
 
 3. Didik secara berhemah 
Anda boleh menggunakan kaedah-kaedah di bawah untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan anak-anak sendiri:
  • membimbing dengan cara betul dan penuh kesabaran
  • mengajar mereka akibat dan kesan daripada perbuatan mereka
  • memberikan nasihat yang bijak
  • menyemaikan rasa disayangi untuk menunjukkan kita mengambil berat tentang kesejahteraan mereka

4. Jadi sahabat baik mereka 
Apabila melibatkan anak-anak, kita perlu tegas apabila mereka nakal tetapi juga penyayang pada masa sama untuk menenangkan keadaan. Apa kata anda cuba menyelami dunia dan berkongsi minat dengan mereka seperti bermain, ketawa, malah menangis bersama untuk memahami mereka dengan lebih mendalam. Di samping itu, ia juga dapat menerapkan kepercayaan dan komunikasi terbuka di kalangan ahli keluarga. 
 
5. Ajari mereka kemahiran hidup 
Kita tidak perlu selalu membeli barangan yang kita tidak pernah miliki untuk anak-anak kita. Sebaliknya, tumpuan harus diberikan untuk mengajari mereka perkara yang kita tidak diajar ketika zaman kanak-kanak kita. Antara topik penting yang boleh diajari dari awal adalah pengurusan masa yang teratur dan pengurusan kewangan yang baik semasa membesar.
 
Untuk menerapkan sikap yang terpuji di dalam anak-anak kita, ia adalah amat penting untuk kita membina hubungan yang kukuh dengan mereka terlebih dahulu. Apabila kita telah mempunyai hubungan yang rapat, lebih mudah untuk kita menyampaikan pengajaran kewangan seperti menjalani kehidupan bedasarkan kemampuan, bermurah hati, melabur, menyimpan untuk tabungan, dan mengubah penetapan minda mengenai kemiskinan.
 
Ketahuilah fakta-fakta dan tip-tip yang berguna daripada kami untuk menjalani kehidupan yang lebih cerah. Hubungi kami pada bila-bila masa untuk ketahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami.

Talk to an advisor

Preferred Language: